PENUTUP ;)

SUBJEK : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
KOD SUBJEK : EUW 233
KELAS : DKR 1, KOMPUTER ( JUMAAT, 8.00 - 10.00 AM)
PENSYARAH : PN. FARIZA MANSOOR

DEFINISI TAMADUN ISLAM

DEFINISI MELALUI  BAHASA:
♥ Bahasa Arab
   1. badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah –                 
randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih
banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan abgi memenuhi
keperluan hidup
   2. Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti
‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal
menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya
dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari
keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa
 3. Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari
ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan
dari kawasan yang didiami’
   4. maddana dan madana yang bermaksud membangunkan
kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).


♥ Bahasa Inggeris
     1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti
‘bandar’.
♥ Bahasa Melayu
    1. peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia
yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran,
budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan,
atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan
moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994.
Kuala Lumpur: DBP.
   2. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia 



DEFINISI TAMADUN MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT





1. E.B Taylor
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek –
aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral,
perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh
masyarakat

2. Arnold Toynbee
Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai
empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,
pengetahuan dan seni.

3. J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh
masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas
material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu
keperluan.



SUMBER TAMADUN ISLAM






♥ AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah
untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan
Allah.  Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. 
•Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf

 ♥ IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan
Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

♥ QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)